Assalamu'alaikum

Saturday, April 16, 2011

Aku Ingin Berubah.. ( -_- ) => ( ^_^ )


baru sahaja menjengah blog Laman Muslimah Optimis tadi..n tetiba terasa nak join plak contest yang dianjurkan tu..huhu..saje je join.. kalau bleh dapat hadiah, Alhamdulillah.. kat cni nak write cerpen jep.. sedap ke x...depend on pembaca.. sorry bahasa rojak je..
.............................

Suasana di Food Court Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semakin meriah. Di sebalik kemeriahan itu, terdapat sepasang pasangan yang sedang menikmati juadah masing-masing. Salah seorang daripada mereka mengelap mulutnya menggunakan tisu yang disediakan. "Erm.. you tak cakap apa-apa lagi dari tadi.. Biasanya mulut you yang paling riuh. Suara you yang paling kuat sampai I rasa announcement kat KLIA ni pun kalah.. Come on la Marry, I pergi sekejap jelah. 2 minggu je pun.." kata Zakwan sambil merenung wajah kekasih hatinya. Sengaja dia mengusik gadis itu. Dia akui Mariam memang cantik dan dia yakin, dia pasti amat merindui gadis itu nanti. Mariam yang mendengar kata-kata Zakwan terus mengangkat muka sambil mencerlung ke arah jejaka itu. Pantas tangannya mencubit lengan Zakwan. " Eeei..you ni, sampai hati you cakap I macam tu! Mana ada sampai macam tu sekali. I riuh pun pasal you yang asyik kenakan I." balas Mariam. Geram betul dengan kata-kata Zakwan sebentar tadi.."macamlah dia tu senyap sangat selama ni, dia sendiri kalau dah gelak nak bergegar KLIA ni" balas Mariam lagi.. Zakwan tergelak kuat. Comel betul mulut Mariam yang semakin memuncung. "Ha, tengok. dia sendiri yang riuh. Gelak kuat sangat!. kan semua orang dah tengok kat kita sekarang.. malulah!"kata Mariam sambil bersiap untuk bangun. "Eh, you nak pergi mana pulak ni? Takkan nak tinggalkan I sorang-sorang kat sini kot.. Flight I sejam lagilah." soal Zakwan kehairanan. "I nak pergi toilet jap. Tunggu jelah. Mana ada sorang-sorang, ramai lagi orang kat sini." balas Mariam. Dia bergerak menuju ke tandas.

.......................................

Mariam melihat penampilannya di cermin sambil mengusap-usap rambutnya yang sedikit kusut. Baju t-shirtnya yang sedikit singkat ditarik-tarik sedikit. Terasa sejuk akibat air-cond di dalam tandas tersebut. 'erm.. okey pun. baru cantik..Zack mesti terkejut tengok hadiah ni nanti. Aku yakin dia mesti rindu kat aku nanti..' Mariam bermonolog lalu melangkah keluar dari tandas. Baru sahaja melepasi pintu msuk tandas, Mariam terdengar seperti ada orang memanggilnya.. " miss..miss..." terasa bahunya dicuit Mariam berpaling.. lalu matanya terpandang beg tangannya yang berada bersama dengan gadis dihadapannya.. " Saya rasa awak tertinggal ni" kata Nisa sambil menghulurkan beg tangan yang berada di tangannya kepada Mariam. "erm.." balas Mariam dengan nada sombong, mengambil beg tangannya sambil berlalu pergi. Tidak berminat untuk berterima kasih.
" Excuse me, you forgot to say thank you" Balas Nisa geram. Memang pantang baginya jika ada orang yang tidak pandai berterima kasih dan meminta maaf. "Whatever!" balas Mariam sombong..  Ketika dia mahu melangkah tiba-tiba terasa tangannya dipaut. "Apa kena dengan you ni??" soal Mariam geram sambil merenung gadis berbaju kurung dan berselendang labuh di hadapannya."Untuk pengetahuan awak, saya memang pantang kalau orang tak reti nak cakap terima kasih ni! Kalau tak silap saya, dari tadika lagi cikgu saya dah ajar cakap terima kasih kalau ada orang tolong kita" Kata Nisa sambil mengetap giginya. 'aku nak bagi pengajaran sikit kat perempuan ni' hati kecilnya berkata. "erm..I tak belajar kat tadika. so, let me go!" Kata Mariam keras. Sebal hatinya dengan perempuan di hadapannya tika itu. " I won't let you go untill you say thank you!" balas Nisa.. "owh.. you nak ugut I ea.. I jerit nanti, taulah nasib you" gertak Mariam.. baginya dia tidak perlu berterima kasih. Apatah lagi dengan gadis di hadapannya. Tiba-tiba gadis di hadapannya tersenyum sinis.." Awak jeritla, awak ingat orang nak percaya kat awak ke? wei, susah sangat ke nak cakap terima kasih??" soal Nisa lagi.. Mariam tersedar, dia tahu, besar kemungkinan orang di sekeliling tidak akan percaya jika dia mengatakan gadis yang kelihatan alim di hadapannya cuba mengugutnya. "Okey fine, Thank You, puas hati you? Now let me go!" Kata Mariam.. Nisa tersenyum. Akhirnya gadis di hadapannya menurut kata-katanya.. "I will let you go, but please, let me know your name." "What?? For what? you nak buat ape ngan name I??" soal Mariam bengang. "Awak nak saya lepas ke tak ni?" soal Nisa sinis. "Okey.. Marry" jwb marry ringkas. "Owh, non-muslim ke? sorry..sorry.." Ikhlas Nisa menutur kata maaf. "Siapa cakap I non-muslim?" Mariam kehairanan "dah tu, nama Marry, mcm bukan nama orang Islam je. So, muslim la ni? Apa nama betul awak?" " Banyak soal betul la you ni. Bila you nak lepaskan tangan I kalau macam ni?" "Semakin lambat awak jawab soalan saya, semakin lama saya pegang tangan awak." "Okeylah, Puteri Maryam Sumayyah Binti Megat Muizuddin, puas hati you. Let me go please" balas Mariam. Akhirnya dia berlembut, tidak larat rasanya berbalah lagi. "Owh, bestnya nama awak! okey saya lepaskan. Saya Nur Khairunnisa Binti Kharul Anuar. Kad saya ada dalam handbag awak, simpan ek, kalau ada apa-apa masalah just call me ok.." balas Nisa lalu melepaskan tangan Mariam. "Whatever" balas Mariam lalu melangkah pergi. Malas melayan gadis gila di hadapannya. Dia melihat jam tangannya sambil melangkah laju ke tempat makannya tadi. Pasti Zack dah lama tunggu.

.........................................

Zakwan sudah tidak senang duduk. Hampir setengah jam Mariam pergi ke tandas. 'Sakit perut ke sayang aku sorang ni, lama sangat pergi tandas." omel Zakwan sambil bersiap untuk bangun. "Eh..you nak pergi mana pulak ni?" soal Mariam setelah melihat lelaki itu bersiap untuk bangun. Akhirnya Zakwan tersenyum melihat kekasih hatinya kembali. "I ingat nak pergi jenguk you tadi. Lama sangat you memerut." balas Zakwan. "eei you ni, mana ada I memerut! I jumpa dengan orang gila tadi. dipegangnya tangan I. Nasib baik I lawan dia, baru dia lepas I."  Kata Mariam. Dia malas berterus terang. Dia tahu Zakwan takkan percaya kalau dia ceritakan perkara yang sebenar. "Betul ke ni? erm..okeyla.. Jom pergi, I nak kena masuk balai berlepas dah ni"Kata Zakwan lalu mereka melangkah meninggalkan Food Court tersebut..

"Okey sayang.. you take care.. I nak pergi dah ni.. Jangan nakal-nakal tau.." Zakwan berpesan lantas mencium dahi Mariam tanpa segan silu.. Mariam hanya membiarkan kekasih hatinya berbuat demikian. Dia sudah lali, awal-awal dulu, ada jugak dia memarahi Zakwan, namun akhirnya dia beralah, Zakwan tetap begitu walaupun sering kali dimarah oleh Mariam. Dia tahu Mariam sayangkan dia walau apa pun yang dilakukan." Isy you ni, I takkan nakallah, you pun jangan nakal tau, ni, I ada hadiah untuk you. You boleh pakai masa you jumpa klien you nanti. Barulah bersemangat!" kata Mariam. Zakwan tersenyum, 'kan dah cakap, dia sayangkan aku...' hati kecil Zakwan berbisik sambil bibirnya mengukir senyuman.. "Ni senyum, senyum ni, suka lah tu, I bagi hadiah! You tu jangan lupa bawak balik hadiah untuk I! Kalau tak, siap you!" balas Mariam sambil mengepal penumbuk disambut tawa Zakwan.. Mereka kelihatan bahagia. Pengumuman terakhir untuk pesawat yang bakal dinaiki oleh Zakwan menghentikan tawa mereka.. Zakwan lantas menuju ke balai berlepas sambil tangannya melambai ke arah Mariam.. Dari jauh dia melihat Mariam mengelap air matanya.. 'alahai sayangku, abang pergi kejap jela.' bisik hati kecil Zakwan lagi.

.......................................

2 minggu berlalu.. Mariam setia menunggu Zakwan di lapangan terbang.. Akhirnya, wajah Zakwah ditemui lantas dia tersenyum melihat jejaka kacak di hadapannya. Wajah Zakwan muram dan serba salah.. "Hei, ape kena dengan you ni? Takpela, I tak marah pun.. I tahu you busy sampai tak sempat call I.. dan I tahu, you sengaja buat macam tu supaya I rindu kat you kan?"kata Mariam memikirkan Zakwan berasa bersalah kerana tidak menghubunginya. "Now, mana hadiah yang I mintak?" soal Mariam. Zakwan menghulurkan kotak kecil berbalut cantik kepada Mariam.. "Thankz sayang! You lapar tak? Jom makan!" Mariam dengan ceria mengajak Zakwan makan. "Erm..sebenarnya, I..I..." "Kenapa dengan you ni??" soal Mariam lagi, sikap Zakwan semakin pelik. Tiba-tiba datang seorang perempuan cantik di belakang Zakwan.. " Kat sini rupanya you. Letih tau I cari you..." rungut perempuan cantik itu.. "Zack, apa semua ni? Cuba cakap terus terang dengan I, apa semua ni????" jerit Mariam melampiaskan marahnya. Semua orang sekeliling memerhatikan mereka. Zakwan tidak mampu berkata apa-apa, kerana dia tahu, Mariam pasti sudah membencinya saat ini. "Honey, tell her about us, I don't think she knows about us before.." Kata perempuan itu lagi.. Zakwan hanya mampu menggeleng.. Tak sanggup mengguris hati Mariam dengan pernyataan yang bakal diketahui gadis itu.. "Hei perempuan, siapa kau? Kenape kau ikut pakwe aku balik?" soal Mariam geram. "Actually, dulu dia memang pakwe kau, tapi sekarang dia tunang aku.., so please go and stay out from our life!" tutur perempuan itu dengan angkuh lalu memaut lengan Zakwan dan mereka berlalu.. Mariam masih terkejut lantas terduduk di lantai KLIA.. "Maaf, cik tak apa-apa ke?" soal Nisa lantas gadis itu berpaling. Masing-masing terkejut dan tiba-tiba Mariam terkulai di pangkuannya.

........................................

Mariam tersedar apabila terdengar alunan Yassin dibacakan. 'Ya Allah, aku dah mati ke ni' soal Mariam kepada diri sendiri sambil memerhatikan sekelilingnya. Seorang gadis yang lengkap bertelekung sedang asyik membaca surah Yassin di atas sejadah di sebelah kanannya. Air-cond yang dipasang tidak mampu mengeringkan peluh yang merenek di dahinya. "ehem..ehem.." sengaja dia berdehem untuk menarik perhatian gadis itu.. Namun gadis itu tidak menyedarinya. "EHEM..EHEM.." semakin kuat Mariam berdehem.. Gadis itu berpaling membuatkan Mariam terlopong..'cantiknya muka dia, macam ada cahaya la' bisik hati kecil Mariam.. "Eh, awak dah sedar ke? Batuk ea, minumla air kat sebelah awak tu, saya nak habiskan Yassin ni kejap.." Tutur Nisa lantas kembali menyudahkan bacaan Yassinnya. Setelah selesai Nisa lantas menghampiri Mariam. "Erm..maafla, awak kena share bilik dengan saya malam ni, bilik tetamu rumah saya, paksu saya guna."tutur Nisa ikhlas.."Awak lapar tak? Jom turun makan" ajak Nisa. lalu merka melangkah keluar dari bilik tersebut. Sekali lagi Mariam terlopong, rumah tersebut sangat besar. Mariam semakin kagum dengan keluarga tersebut. "Eh, Alhamdulillah, dah sedar pun, makan dulu nak, mesti perut anak ni kosong" tutur ibu Nisa ikhlas. Setelah selesai makan mereka menuju ke bilik Nisa.

"Erm, awak nak solat? boleh pinjam saya punya.." Soal Nisa pada Mariam.. Mariam hanya menggeleng, sudah agak lama dia tidak menunaikan kewajipan tersebut. "Owh, awak cuti ea.. Takpelah, kalau awak nak mandi boleh pinjam baju saya dulu, saya dah inform kat parents awak tadi, tapi parents awak tak dapat balik dari Langkawi hari ini, diorang mintak tolong kami jaga awak dulu hari ni. Baju-baju semua saya dah letak kat atas katil, awak pakai ajelah, jangan malu-malu." Mariam hanya menurut. Nisa hanya memerhati sambil menggeleng, kesiannya.. Nasib baik dia ada di tempat kejadian ketika insiden itu berlaku, kebetulan dia mengambil bapa saudaranya yang baru datang dari Rusia. Dia memang menyaksikan insiden tersebut tapi , dia langsung tidak perasan bahawa perempuan yang marah-marah adalah Mariam, gadis sombong yang ditemuinya tempoh hari. Dia lantas membawa gadis itu pulang ke rumahnya dan menjelaskan kepada ibu bapa Mariam tentang segalanya melalui telefon bimbit Mariam.
Setelah Mariam selesai mandi, dia mendapati bahawa Nisa masih berteleku di tikar sembahyangnya. Tiba-tiba dia terfikir, mungkin ini adalah balasan Allah kepada dirinya setelah sekian lama dia meninggalkan segala kewajipan terhadapNya. Air mata Mariam menitis perlahan.. Hatinya sayu mengenangkan segala dosanya. Kata-kata neneknya terngiang-ngiang di telinganya "Kalau kita lupa pada Allah dan sengaja meninggalkan segala kewajipan kita terhadapNya, maka ingatlah, balasan itu pasti datang"...Mariam makin sayu.. Nisa yang baru sahaja selesai solat terus meluru ke arah Mariam yang masih menangis.. "Awak, sabar ya, inilah dugaan Allah untuk awak.. semua ini ada hikmahnya.. Jangan nangis.." Pujuk Nisa.. Tiba-tiba Mariam memeluknya erat. "Awak tolong saya, saya ingin berubah!" rayu Mariam.. "Baiklah, awak bertenang dulu.. Mula-mula kita hayati dulu maksud nama awak. Awak ingat tak saya pernah cakap yang nama awak best?" soal Nisa.. Mariam hanya mengangguk.. "Okey, sebenarnya Mariam itu adalah seorang wanita yang sangat mulia, beliau sangat mulia sehingga dipilih oleh Allah untuk melahirkan sorang nabi tanpa bapa. Beliau mengharungi segalanya sendiri, terlalu banyak dugaan yang diterima beliau kerana melahirkan anak tanpa bapa namun beliau tabah mengharunginya. Awak nak tahu tak, Mariam ni sering beribadah di dalam mihrab yang disediakan untuknya sehinggakan pada suatu hari ketika Nabi Zakaria, bapa angkat Mariam datang untuk memberikan makanan untuk Mariam terkejut apabila melihat di sisi Mariam terdapat buah-buahan segar dan yang belum tiba musimnya. Lalu nabi Zakaria bertanya kepada Mariam tentang buah-buahan tersebut. Lalu beliau menjawab, "sesungguhnya buah-buahan ini datang daripada Allah". Mulianya Mariam ini sehingga Allah memberikan rezeki terus kepadanya tanpa hijab. Seterusnya Sumayyah. Sumayyah merupakan antara orang-orang yang terawal memluk agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.. Beliau dan keluarganya telah disiksa kerana memeluk Islam dan dipaksa kembali kepada agama asal mereka namun Sumayyah tetap kukuh dengan agama Islam. Akhirnya Sumayyah mati setelah disiksa namun beliau tetap mati dalam iman dan Islam. dan Sumayyahlah wanita pertama yang mati syahid. sebab itulah saya kagum dengan nama awak.. Awak sepatutnya jadi lebih tabah seperti pemilik-pemilik nama awak yang sebenar yang sangat tabah mengharungi hidupnya." Nisa mengakhiri kata-katanya. Mariam terasa bagai diberi nafas baru dan disuntik semangat baru untuk jadi lebih tabah. "Awak ajar saya solat ea.. Erm..sa...saya dah lupa.." pinta Mariam.. Nisa tersenyum,.."boleh.. tapi saya nak mintak satu lagi, awak pakai tudung ya lepas ni kalau nak keluar rumah, baru cantik dan saya nak awak lupakan kekasih awak tu.. Allah tak suka tau kalau awak ingatkan kekasih hati awak tu.. Dan lagi satu, awak mesti selalu bersyukur pada Allah!" Mariam hanya mengangguk.. "Saya nak jadi macam awak!" Nisa hanya tersenyum... Alhamdulillah, dia bersyukur sangat pada Allah.. Mariam pula meluru ke bilik air lantas memanggil Nisa untuk mengajarnya wuduk.. Sungguh dia berasaamat kesal keranan terlupa pada segala-galanya.. Namun dia yakin dengan niatnya dan takkan sekali-kali melupakannya lagi..'Aku ingin berubah!' dia bermonolog lagi.. Sungguh dia bersyukur kerana menjumpai Nisa yang sangat baik dan indah akhlaknya. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka.

TAMAT..

entry ni khas untuk Mo Nak Bagi Hadiah

Syarat-syaratnya....



Kriteria yang diinginkan


Hadiah yang bakal dimenangi, kalau ada rezeki...


Penghargaan buatku...huhu


Sekian sahaja daripada bintang a.k.a star...









Gratisan Musik

Saturday, April 9, 2011

Perkongsian paling best.. kisah cinta aq n dye



THIS COULD BE MY FAVOURITE POST... I THINK...


Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang. Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin.

Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati. Eiiiii… geramnya aku!!!

Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata..

”Lah… awat tak tanya…”

Eiii… geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!..

Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! Huhh. Memang sakit hati betul!! Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah.. gi shopping la sayang… Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa hanset… hehe..”

Eiiii… geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa.

Aku pun confius. Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.. Huhhh…..

Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh… Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan??….”



Eiii… geramnya aku!!!

Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. Dan lepas start terus boleh… hmmm.. dalam hati aku kata,

“Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah. Dia nak pi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot.

Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Kosong inbox!!



Eiii… geramnya aku!!!

Pagi tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Jeng3.. Huishh siap dengan surat lagi.



Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku,

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek.. hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi

Pertama sekali saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. Ehawak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!! Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha… Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. Comel sangat…

Iskk.. Awak ni.. tak perasan ke??

Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh. Memang saja je saya tak mau bawa hanset time tuh… hihi.. Takut terkantoi. Ye la saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh… memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita.

Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Keempatnya time keta awak rosak… hmm. Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi

Love,

Suamimu 



P/s- sumber:  Srikandi Islam (Muslimah Sahaja) di Facebook





Gratisan Musik
hehe..harap terhibur..layan korea skali skale...
daa....salam berblogging..

Friday, April 8, 2011

cinta ke syurga.. InsyaAllah..



Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga.

Kata mak..

Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti.

Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama.

Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak..

"Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.."

Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah.

Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi.

Mak lihat..

"Mak sembahyang,. mak solat.. dan abah.. abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.."

Cerita mak sambil tersenyum..

Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah.

Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya..

Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya..

Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abah hadir dengan satu jug besar. Cerita mak sambil tersenyum.

Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah.

Mak kadang-kadang sakit. Pernah mak pengsan dua kali. Pernah mak memasuki wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.

Cerita mak..

Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau.

Dan kelihatan abah..

"Abang ke mana? Risaunya ani.."

"Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.." kata abah sambil tersenyum.

Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak.

Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah..

"Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.."

"Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.."

Dan abah hanya ketawa.

Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan.

Pernah mak tanya,

"Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke.. atau ani diam, tapi ani sakit.."

"Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah..

Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik.

Dan abah selalu membanggakan mak.

Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata.

"Beruntung Ani dapat suami macam tu.."

Mak gembira.

Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak..

Pernah mak berkata..

"Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak senantiasa inginkan kebahagiaan abah.."

Dan abah selalu membanggakan mak, hingga saat terakhir. Hingga abah kini,

Sudah tiada.

Pergi untuk bertemu cinta agungnya..

Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami. Abah membanggakan mak dengan pujian sahabat abah kepada jenazah.

Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah.

Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata..

"Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.."

Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis.

"Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.."

Mak tak boleh mendengar deringan telefon.

"Mak berharap sangat yang telefon tu abah.."

Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum.

"Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak..

Menarik nafas. Dalam. Amat dalam.

"Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. "

Mak terus tersenyum.

"Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..."

Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...

P/s: sebuah perkongsian yang dipetik dr page Cinta Allah Cinta Abadi di Facebook




Gratisan Musik

Monday, April 4, 2011

Woman a.k.a Wanita






:: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka m.enampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur: 31) ::.


Aisyah Ummul Mukminin berkata dalam memberi nasihat kepada para wanita:

“Wahai sekalian wanita, seandainya kalian mengetahui hak suami-suami kalian atas diri kalian niscaya akan ada seorang wanita di antara kalian yang mengusap debu dari kedua kaki suaminya dengan pipinya.."



Creation Of A Woman

Be Careful if you make a woman cry,
Because Allah counts her tear...


A woman was create from a man's rib (Adam),
Not from his feet to be walked on..
Not from his head to be superior over..


But from his side to be equal..
Under the arm to be protected..
And next to the heart to be loved..

Dengarlah Wahai Wanita..


Wahai wanita tidak bertudung
Sungguh cantik alunan rambut mu,

Bebas menggerbang kemas terikat,

Terserlah di bawah cahaya mentari,

Mentari dunia yang tak sehebat neraka,

Iaitu api yang kan membakar rambut mu,

di hari akhirat hari penentu,

maka hanguslah segalanya,

hilanglah cantik alun rambut mu,

tiada lagi yang menggerbang,

tiada lagi yang terserlah.

Oleh itu jadikanlah diri mu,

Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.


Wahai wanita yang bertudung,

Sungguh cantik alas kepala mu,

Ringkas pendek tersempang rapi,

Tersembul jambul tertutup dahi,

Terserlah lah bentuk tubuh,

Mengapa tidak dilindungi?

Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?

Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?

Tidakkah kau ingat,

Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,

Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,

Mereka itu wanita yang tak bertudung,

Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,

Oleh itu jadikanlah dirimu,

Sebahagian daripada mereka yang bertudung,

Bertudung labuh hingga ke paras dada.


Wahai wanita bertudung labuh

Sungguh cantik terlindung rambut mu,


Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,

Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,

Mengaburi segala yang tersirat di hati,

hanya diri sendiri yang menghakimi,

mungkin suci ikhlas kerana Illahi,

atau berdebu dengan sebab duniawi

,riak wajah nampak tawadhu’,

riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,

alangkah ruginya andai benar begitu,

kerna azab masih tak terlepas dari mu,

serupalah sahaja diri mu ditunggu,

diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,

sama dengan mereka yang menyempang tudung,

oleh itu jadikanlah dirimu,

sebahagian daripada mereka yang bertudung,

bertudung labuh hingga ke paras dada,

tersemat jua bersamanya rasa taqwa.


Wahai wanita yang bertaqwa,

Andai kau telah sampai ke tahap ini,

Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,

Syariat islam sebati dalam diri,

Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,

Yang dijanjikan di akhirat nanti,

Dan tatkala di dunia ini lagi,

Muslimah solehah kau digelari,

Menjadi idaman setiap muslim soleh,

Yang sukar sekali untuk diperoleh,


Wahai muslimah solehah pula

Jadilah mukminah mujahidah,

Mujahidah yang akan menyeru,

Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,

Mujahidah yang akan berdakwah,

Agar diri dan umat berubah,

Mujahidah yang akan mengajak,

Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita..Sahutlah seruan ini..


Wanita.


lembut bukan bererti lemah...
tangisan bukan bererti kalah...
impian menjadi setulus khadijah..
sesuci aisyah..
setegar asiah..

wanita hiasan dunia,

seindah hiasan adalh wanita solehah ^_^~


Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.

Dan itulah..
Dirimu..
Wanita Muslimahku...


Wanita itu FITNAH..!
Cinta itu FITRAH..!
Jangan dicemarkan FITRAH kerana FITNAH..!


Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingati peristiwa yang menyebabkan dia menangis dan tertawa bila dia mampu..
Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki..
Tanpa bintang malam akan kelam..
Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan..




Wahai Muslimah...
Jadilah spt mawar ispirasi setiap mujahadah..Bentengilah kubu dirimu dgn perasaan MALU yg bertungjangkan ke IMANAN dan keindahan TAQWA kpd ALLLAH..Hiasilah wajahmu dgn tititsan wuduk. Ingatlah ciri2 wanita solehah ia...lah dia tidak memandang lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yg tertutup ini lbh berharga jika dibandingkan dgn sesuatu yg terdedah. Umpan sebutir permata yg didedahkan untuk perhatian umum dgn sesuatu permata yg diletakkan di dalam bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat utk melihat sesuatu yg tersembunyi melebihi sesuatu yg terdedah...



Jadikanlah cinta kepada Sang Pemilik langit dan bumi
menjadi indah dan berbunga..
jangan biarkan guguran sakura membawanya jatuh ke bumi..
kerana cuma itu cinta yang hakiki...

..."Ya ALLLAH, pandulah hambaMu ini dalam mencari CINTAMU yang amat kudambakan…”



~Tuhan dakaplah erat diriku agar aku tak pernah merasa ingin meninggalkanMu walaupun ditinggalkan sekalian makhlukMu...balutilah hatiku dengan kesucianMu agar aku tak pernah dikotori walaupun di sekelilingku dipenuhi coretan maksiat..sertailah setiap langkahku agar aku sentiasa dituntun kearah jalanMu walaupun dalam kembaraku ditaburi dengan duri-duri ujian yang menyakitkan...peliharalah diriku kerana Engkaulah sebaik-baik PEMELIHARA...amin~


p/s- semua ni dicopy and paste dr..Srikandi2 Islam (facebook)











Gratisan Musik