Assalamu'alaikum

Tuesday, December 27, 2011

Benarkah dia jodohku?



"Assalamu'alaikum, Mak, Ayah.. Hari ni Su datang. Dah lama Su tak jenguk Mak ngan Ayah. Bulan depan, Su dah nak terbang ke Australia. Su dapat sambung belajar kat sana. Kalau Mak ngan Ayah masih hidup, mesti Mak ngan Ayah bangga ada anak macam Su..hehe.. Sekarang ni pun, Su ada dengar jugak orang kampung sebut-sebut nama Ayah. Diorang kata, Su macam Ayah, dapat belajar tinggi. Dan, diorang harap, Su pun macam Ayah, blaja tinggi tapi tak pernah lupakan orang kampung.. Selalu tolong orang kampung yang ada masalah. Tapi, Umi ngan Abah, opps.. Maksu ngan Paksu, Su panggil diorang Umi ngan Abah sebab diorang suruh anggap diorang macam tu, Mak ngan Ayah tak kisah kan? Maksu ngan Paksu cakap Mak ngan Ayah tak kisah pun sebab memang dari kecik lagi, Su ngan arwah adik-adik panggil Maksu ngan Paksu, Umi ngan Abah.. Tapi, Su dah tak ingat semua tu.. Maksu ngan Paksu yang ceritakan semuanya. Diorang cerita semua pasal Su lepas Su sedar dari koma 10 tahun yang lalu sebab Su tak ingat apa pun yang jadi sebelum Su koma. Su pun tak ingat macamana kita semua kemalangan. Umi ngan Abah cakap, muka ngan kelakuan Su sangat mirip dengan Mak. Okeyla Mak, Ayah.. InsyaAllah, kat sana nanti Su akan selalu titipkan Al-Fatihah untuk Mak, Ayah dan adik-adik. Su balik dulu yer.. Nanti, kalau Su balik dari Australia, Su datang jenguk Mak ngan Ayah lgi yer.. Assalamu'alaikum Mak, Ayah..." Sumayyah mengusap batu nisan di kubur ibu bapanya.. Baru sahaja ingin bangkit dari duduknya dia dikejutkan dengan panggilan bapa saudaranya yang berdiri di kubur adik-adiknya kira-kira 5 langkah darinya. "Su dah habis ke? jomla kita balik. Umi kamu dah telefon ni" "Kejap Abah, Su nak siram kubur Mak ngan Ayah ni kejap" "Okey, kubur adik-adik kamu ni, Abah dah siramkan tadi, tapi kalau ada air lagi, kamu siramlah.." "Baik Abah" Lantas Sumayyah meneruskan perbuatannya.
Sedang dia mengatur langkah ke kereta, dia terpandang seorang lelaki berteleku di sebuah kubur. Apa yang menarik perhatiannya sehingga dia berhenti seketika, lelaki tersebut bukan lelaki Melayu tetapi berkulit putih dan berambut perang persis seorang pelancong dari luar negara. "ah.. biarlah, mungkin dia dah biasa datang sini kot.. Aku sendiri jarang datang sini, macamana nak sedar dia dah selalu datang" bisik hati kecil Sumayyah lantas dia meneruskan langkahnya namun terhenti sekali lagi dek teguran Abahnya, "Siapa tu ek? Kenapa dia duduk dekat kubur arwah kawan Abah? Abah nak pergi tegur dia kejapla, kamu tunggu dalam kereta ye.. Nah kunci.." Sumayyah kembali mengatur langkah hingga ke kereta lalu mengunci pintu dan melayan alunan nasyid dari Ikim.fm, radio kegemarannya.


Perlahan-lahan Paksu mengatur langkah ke arah jejaka tersebut. Kelihatan jejaka tersebut sedang duduk dengan wajah yang sayu sekali. Sesekali diusapnya air mata yang mengalir di tubir matanya. Terhinjut-hinjut tubuhnya menggambarkan sebak di dadanya. "Assalamu'alaikum nak, sabarlah ye, yang pergi tetap pergi." tutur Paksu simpati. Pemuda tersebut lantas mengangkat wajahnya, namun riak wajahnya berubah seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. "Paksu?"soal pemuda tersebut. 'Isyh..anak-anak buah aku je yang panggil aku paksu, budak ni siapa pula?'bisik hati kecil Paksu. "Ni Paksu kan?? Abah panggil Paksu, Suhayb kalau tak silap saya"jelas pemuda tersebut lagi sambil mengusap air matanya untuk kesekian kalinya. "Iyer saya.. tapi Abah anak ni siapa ye?"soal Paksu masih keliru. Riak wajah pemuda tersebut berubah mendung.."Inilah Abah saya"jawab pemuda tersebut bernada sendu. Paksu diam tidak terkata. Ingatannya tentang anak saudara sahabat karibnya itu hadir. Seorang kanak-kanak lelaki yang sangat rapat dengan Sumayyah 11 tahun lalu. Kanak-kanak lelaki yang kelihatan seperti anak pelancong asing yang diculik ke kampungnya, padahal anak itu berdarah Melayu tetapi campuran Turkey. Dia tertanya-tanya bagaimana ingatannya terhadap kanak-kanak tersebut boleh luput dari mindanya."Saya Is, Paksu. Muhammad Iskandar Zulkarnain!"jelas pemuda tersebut. "Is.. pulang juga kamu akhirnya!" Paksu berkata lantas mendakap anak muda tersebut. "Paksu, Is tak sempat jumpa abah.. Abah cakap dia nak tunggu Is.. tapi.."bicara Iskandar terhenti di situ.. Paksu hanya mampu menggosok belakang Iskandar memberi sokongan.. "Sabarlah..dia dah ceritakan semuanya kat Paksu". "Is nak Yassin? Jom kita baca sama-sama untuk Abah Is k.." Paksu bersuara lagi, lantas mereka bersila dan membaca Yassin bersama-sama.
"Alhamdulillah.. semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh"... Mereka mengatur langkah ke kereta... "Tak sangka Paksu boleh jumpa Is lagi.. Dah besar panjang rupanya anak buah Paksu ni.. Bila Is balik dari  Turkey?"tutur Paksu sambil memeluk bahu Iskandar. "Baru pagi tadi.. Lepas sampai airport, Is terus suruh teksi bawa Is ke sini.. Is tak tahu kenapa Ayah rahsiakan pasal arwah Abah.. Is memang ingat nak balik jumpa Abah lepas habis belajar.. Tapi, Ayah suruh Is kerja dulu.. Masa tu memang Is dah tak boleh contact Abah dah.. Lepas setahun kerja, baru Is dapat tahu pasal Abah, tu pun dari Adli.. Alhamdulillah, Is jumpa Adli kat Facebook.. Is betul-betul kecewa dengan Ayah.. Dahla Is gaduh dengan Ayah sebelum datang sini.. Tiap kali gaduh dengan ayah je, mesti Is ingat kat Abah.. Is..Is rindu sangat kat Abah.." sayu suara Iskandar menuturkannya.. Air mata lelakinya jatuh lagi.. Harapannya untuk menatap wajah insan yang amat disayanginya itu berkecai apabila dia hanya dapat menatap batu nisannya sahaja.. 

Sumayyah terkejut apabila melihat Abahnya bersama dengan seorang lelaki menuju ke keretanya.. 'Macam mamat tadi je?' desis hatinya.. "Masuklah Is.. Maksu kamu mesti terkejut bila tengok kamu.."... Jejaka tersebut masih berwajah sendu.. Dia hanya menundukkan wajahnya di sepanjang perjalanan hingga langsung tidak memandang Sumayyah.. Begitu juga dengan Sumayyah.. Dia kurang selesa dengan situasi tersebut..

To be continued...

p/s-sebenarnya, nak uat post ni jadi Benarkah Dia Jodohku 1.. tapi xpela... bimbang korang boring pulak bila baca part sedih dulu.. sedih ke???hoho.. x pandaila nak uat citer tp, nak uat jugak..hoho.. n actually, dr kisah nila sbenarnya nak uat tajuk Jodoh Dari Kubur.. tapi x jadila.. mcm pelik+seram+aneh+unik+pelik..je.. so, ambikla tajuk ni.. enjoy yer..







Gratisan Musik

Saturday, December 24, 2011

Benarkah dia jodohku?..1







"Su, dengar cakap Umi, Su kan anak yang solehah.. Ni semua dah takdir Allah untuk Su.. Su sendiri dengar kan amanat terakhir Pak Man.. Dengar cakap Umi ye sayang.."Puan Maryam memujuk Sumayyah untuk kesekian kalinya.. Sesekali diusapnya air mata Sumayyah yang tidak henti-henti mengalir sejak pagi tadi. Gadis itu memandang persalinan nikahnya, sehelai jubah dan jilbab lengkap dengan purdahnya, semuanya diperbuat dari kain satin bewarna putih. "Cantik kan, Umi dah siapkan macam yang Su minta dulu. Su ingat lagi kan? Su cakap bila Su nikah nanti, Su nak pakai semua warna putih dan kain satin." Air mata Sumayyah mengalir lagi.. 'Sungguh, Umi takkan pernah faham apa yang ada dalam hati Su sekarang. Su minta semua tu, untuk perkahwinan yang Su idamkan selama ni, bukan untuk perkahwinan yang macam sekarang.'Rintih hati kecil Sumayyah.. "Umi, Su nak solat dhuha dululah.. 'Majlis' tu mula pukul 10.30 kan? Sempat lagi kan.."Sungguh, perit sekali hatinya saat perkataan 'majlis' itu dituturkan.. Puan Maryam hanya tersenyum lantas mengangguk. "Umi pun nak solat jugak ni.."

Puan Maryam berteleku di tikar sejadahnya usai solat sunat Dhuhanya. Doanya agar Allah melembutkan hati Sumayyah dan hadirkan sinar kebahagiaan untuk Sumayyah dan suaminya kelak. Usai bersiap, dia menjenguk Sumayyah lagi. Ternyata, gadis itu masih khusyuk merintih dan mengadu pada Allah. Puan Maryam hanya memerhati sambil ingatannya terhadap kata-kata Sumayyah terlayar di mindanya. "Su nak sangat suami yang boleh bimbing Su, sebagaimana Su berusaha untuk menjadi mslimah solehah, Su inginkan muslimin yang soleh bila tiba saatnya nanti. Kalau boleh, Su nak muslimin yang macam Abah.. Barulah Su boleh jadi isteri solehah macam Umi. Masa majlis nikah nanti, Su nak pakai jubah dan jilbab lengkap berpurdah yang diperbuat dari kain satin berwarna putih." berseri-seri sekali wajah Sumayyah tika itu, sempat juga dia mengusik ibunya. "Hurm.. dah gatal anak Umi ni ye? Tiba-tiba cakap pasal nikah ni? InsyaAllah sayang, Umi akan sediakan semuanya untuk Su.." tutur Puan Maryam turut bahagia dengan penjelasan anak angkatnya itu. Puan Maryam mengelus lembut pipi anaknya yang berada di pangkuannya. Melihat keperibadian anaknya itu, Puan Maryam mengakui bahawa Sumayyah layak mendapat suami yang soleh. "Sediakan semuanya? Termasuk suami soleh macam Abah ke??" Sumayyah mengusik ibunya lagi. "Maksud Umi, baju nikah tu la.. Pasal suami Su, Umi serah kat Abahla.." Jelas Puan Maryam. Merona merah pipinya apabila diusik oleh Sumayyah lagi. Namun semuanya telah bertahun berlalu. Itulah kali terakhir mereka bersenda bersama. Wasiat arwah Azman iaitu sahabat baik suaminya setahun yang lalu, telah merenggangkan hubungan mereka. Sumayyah berubah menjadi seorang yang lebih pendiam. Dia tahu Sumayyah bimbang menanti suami yang ditetapkan untuknya. Lebih-lebih lagi, lelaki tersebut dikhabarkan menetap di negara barat dan berdarah campuran Eropah. Tanpa disedari air matanya mengalir. Hampir setahun dia tidak bergurau senda dengan anak kesayangannya. Gadis itu lebih gemar menyepikan dirinya dalam bilik, merintih dan mengadu pada Allah saban hari.
"Umi?? Umi tunggu Su ke?"luluh hatinya melihat air mata di pipi ibunya itu. Diusapnya air mata itu sambil tersenyum pudar. Sungguh, perit untuknya mengukir senyuman, disaat tinggal beberapa minit lagi sebelum dia disatukan dengan jejaka yang sangat asing dan tidak dikehendaki dalam hidupnya itu, namun melihat air mata sayu di tubir mata ibunya tersayang, dia cuba tersenyum.. "InsyaAllah Su akan bahagia kalau Umi tolong Su." Puan Maryam terpinga-pinga. "Tolong sentiasa doakan Su bahagia dengan dia." Puan Maryam tersenyum..'InsyaAllah nak.. doa Umi sentiasa ada untukmu." bisik hati Puan Maryam..


"Aku terima nikahnya Sumayyah Zakiyah binti Sufyan dengan.. .. ..tunai." dengan sekali lafaz Sumayyah kini bergelar isteri kepada Muhammad Iskandar Zulkarnain bin Imran. Sejuk sekali tangan Sumayyah saat disentuh oleh Iskandar tika majlis membatalkan air sembahyang dijalankan. "Dah lama abang tunggu Su, harap Su terima abang seadanya." bisik Iskandar di telinga Sumayyah. Hampir luruh mendengar suara garau nipis itu dekat sekali di telinganya. Persis suara Abahnya, tidak terlalu garau namun cukup sekadar suara seorang lelaki dewasa. Sumayyah tersenyum tipis sambil memandang wajah suaminya. Dekat sekali kedudukan mereka. Wajah itu sungguh bersih, jernih dan kacak. Sememangnya, dia pernah melihat lelaki tersebut namun hanya dari jauh. Tapi kini, realitinya, sangat sempurna.. Iskandar turut tersenyum membalas senyuman Sumayyah itu. Subhanallah.. berlesung pipit, bermata biru, bulu mata, kening dan rambut berwarna perang kemerahan. Langsung tiada Melayu pada rupa parasnya walau hakikatnya ada darah Melayu mengalir di tubuhnya. Namun, hati kecil Sumayyah masih bimbang. Walau disembunyikan sepanjang majlis perkahwinan mereka berlangsung, Iskandar tahu, hati kecil isterinya masih resah, dia seperti hilang semangat. Sesekali digosok bahu dan belakang isterinya memberi semangat.

Malam itu, Sumayyah resah di kamar pengantinnya. Terngiang-ngiang di telinganya tentang kata-kata suaminya tadi. "Dah lama abang tunggu Su.." 'Dah lama?' bisik hati kecil Sumayyah.. Setahunya, mereka hanya berjumpa 3 minggu yang lalu. Dan lelaki tersebut diberitahu mengenai wasiat Pak Man 2 minggu lalu dan ditunjukkan wajah sebenar di sebalik purdahnya beberapa hari kemudian. Takkan 2 minggu tu lama? Ke suami aku ni gelojoh orangnya.. seingatnya, sepanjang majlis tadi pun, suaminya ada menggosok bahu dan belakangnya beberapa kali.. Dia bertambah yakin akan telahannya. Suaminya seorang yang gelojoh dan tidak sabar untuk 'bersama' dengannya. Walau cuba ditepis, akalnya mengakui telahan tersebut walau hatinya berkata sebaliknya.. Tiba-tiba, pintu biliknya di ketuk.. Suaminya menjenguk lantas masuk dan mendekatinya. Gusar di hati Sumayyah tergambar pada pucat wajahnya. "Su okey ke? Nak abang ambilkan air? Dari tadi abang tengok muka Su pucat, abang pergi ambil air kejap ye.. kejap je" Kalau tidak kerana gusar di hati, sudah tentu jiwanya terbuai akan suara romantik milik suaminya itu.. Sikap prihatinnya itu mungkin mampu mencuri hatinya. Dia teringat akan pertemuan pertama dengan suaminya 3 minggu yang lalu........

p/s..tersambung di episod seterusnya.. kalu tulis panjang-panjang takut korang bosan pulak.. nantikannya ye...



MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Thursday, December 22, 2011

Promot sikit..huhu





Assalamualaikum.. Ni 'coming soon' story from me.. kisah cinta yang unik tentang Sumayyah Zakiyah dan Muhammad Iskandar Zulkarnain yang InsyaAllah menarik pehatian kalian.. Mereka bernikah untuk memenuhi wasiat. Iskandar sangat gembira dengan pernikahan tersebut namun sebaliknya untuk Sumayyah. Sumayyah terkeliru dengan pilihan bapa saudaranya namun tidak mampu untuk mengahalang. Bagi Sumayyah, impian untuk menjadi pendamping buat sang lelaki soleh dambaan hati musnah dalam sekelip mata.. Namun bagi Iskandar, dia amat bersyukur kerana gadis yang diidam sejak berumur 10 tahun akhirnya menjadi miliknya juga.. Dapatkah Sumayyah menerima Iskandar? Benarkah Iskandar jodoh Sumayyah dan benarkah Sumayyah jodoh Iskandar? 'Benarkah Dia Jodohku?'..InsyaAllah diselit sedikit unsur Islamik namun, saya hanya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.. semoga kisah ni  terkesan di hati kalian..huk..huk..