Saturday, December 24, 2011
Benarkah dia jodohku?..1
"Su, dengar cakap Umi, Su kan anak yang solehah.. Ni semua dah takdir Allah untuk Su.. Su sendiri dengar kan amanat terakhir Pak Man.. Dengar cakap Umi ye sayang.."Puan Maryam memujuk Sumayyah untuk kesekian kalinya.. Sesekali diusapnya air mata Sumayyah yang tidak henti-henti mengalir sejak pagi tadi. Gadis itu memandang persalinan nikahnya, sehelai jubah dan jilbab lengkap dengan purdahnya, semuanya diperbuat dari kain satin bewarna putih. "Cantik kan, Umi dah siapkan macam yang Su minta dulu. Su ingat lagi kan? Su cakap bila Su nikah nanti, Su nak pakai semua warna putih dan kain satin." Air mata Sumayyah mengalir lagi.. 'Sungguh, Umi takkan pernah faham apa yang ada dalam hati Su sekarang. Su minta semua tu, untuk perkahwinan yang Su idamkan selama ni, bukan untuk perkahwinan yang macam sekarang.'Rintih hati kecil Sumayyah.. "Umi, Su nak solat dhuha dululah.. 'Majlis' tu mula pukul 10.30 kan? Sempat lagi kan.."Sungguh, perit sekali hatinya saat perkataan 'majlis' itu dituturkan.. Puan Maryam hanya tersenyum lantas mengangguk. "Umi pun nak solat jugak ni.."
Puan Maryam berteleku di tikar sejadahnya usai solat sunat Dhuhanya. Doanya agar Allah melembutkan hati Sumayyah dan hadirkan sinar kebahagiaan untuk Sumayyah dan suaminya kelak. Usai bersiap, dia menjenguk Sumayyah lagi. Ternyata, gadis itu masih khusyuk merintih dan mengadu pada Allah. Puan Maryam hanya memerhati sambil ingatannya terhadap kata-kata Sumayyah terlayar di mindanya. "Su nak sangat suami yang boleh bimbing Su, sebagaimana Su berusaha untuk menjadi mslimah solehah, Su inginkan muslimin yang soleh bila tiba saatnya nanti. Kalau boleh, Su nak muslimin yang macam Abah.. Barulah Su boleh jadi isteri solehah macam Umi. Masa majlis nikah nanti, Su nak pakai jubah dan jilbab lengkap berpurdah yang diperbuat dari kain satin berwarna putih." berseri-seri sekali wajah Sumayyah tika itu, sempat juga dia mengusik ibunya. "Hurm.. dah gatal anak Umi ni ye? Tiba-tiba cakap pasal nikah ni? InsyaAllah sayang, Umi akan sediakan semuanya untuk Su.." tutur Puan Maryam turut bahagia dengan penjelasan anak angkatnya itu. Puan Maryam mengelus lembut pipi anaknya yang berada di pangkuannya. Melihat keperibadian anaknya itu, Puan Maryam mengakui bahawa Sumayyah layak mendapat suami yang soleh. "Sediakan semuanya? Termasuk suami soleh macam Abah ke??" Sumayyah mengusik ibunya lagi. "Maksud Umi, baju nikah tu la.. Pasal suami Su, Umi serah kat Abahla.." Jelas Puan Maryam. Merona merah pipinya apabila diusik oleh Sumayyah lagi. Namun semuanya telah bertahun berlalu. Itulah kali terakhir mereka bersenda bersama. Wasiat arwah Azman iaitu sahabat baik suaminya setahun yang lalu, telah merenggangkan hubungan mereka. Sumayyah berubah menjadi seorang yang lebih pendiam. Dia tahu Sumayyah bimbang menanti suami yang ditetapkan untuknya. Lebih-lebih lagi, lelaki tersebut dikhabarkan menetap di negara barat dan berdarah campuran Eropah. Tanpa disedari air matanya mengalir. Hampir setahun dia tidak bergurau senda dengan anak kesayangannya. Gadis itu lebih gemar menyepikan dirinya dalam bilik, merintih dan mengadu pada Allah saban hari.
"Umi?? Umi tunggu Su ke?"luluh hatinya melihat air mata di pipi ibunya itu. Diusapnya air mata itu sambil tersenyum pudar. Sungguh, perit untuknya mengukir senyuman, disaat tinggal beberapa minit lagi sebelum dia disatukan dengan jejaka yang sangat asing dan tidak dikehendaki dalam hidupnya itu, namun melihat air mata sayu di tubir mata ibunya tersayang, dia cuba tersenyum.. "InsyaAllah Su akan bahagia kalau Umi tolong Su." Puan Maryam terpinga-pinga. "Tolong sentiasa doakan Su bahagia dengan dia." Puan Maryam tersenyum..'InsyaAllah nak.. doa Umi sentiasa ada untukmu." bisik hati Puan Maryam..
"Aku terima nikahnya Sumayyah Zakiyah binti Sufyan dengan.. .. ..tunai." dengan sekali lafaz Sumayyah kini bergelar isteri kepada Muhammad Iskandar Zulkarnain bin Imran. Sejuk sekali tangan Sumayyah saat disentuh oleh Iskandar tika majlis membatalkan air sembahyang dijalankan. "Dah lama abang tunggu Su, harap Su terima abang seadanya." bisik Iskandar di telinga Sumayyah. Hampir luruh mendengar suara garau nipis itu dekat sekali di telinganya. Persis suara Abahnya, tidak terlalu garau namun cukup sekadar suara seorang lelaki dewasa. Sumayyah tersenyum tipis sambil memandang wajah suaminya. Dekat sekali kedudukan mereka. Wajah itu sungguh bersih, jernih dan kacak. Sememangnya, dia pernah melihat lelaki tersebut namun hanya dari jauh. Tapi kini, realitinya, sangat sempurna.. Iskandar turut tersenyum membalas senyuman Sumayyah itu. Subhanallah.. berlesung pipit, bermata biru, bulu mata, kening dan rambut berwarna perang kemerahan. Langsung tiada Melayu pada rupa parasnya walau hakikatnya ada darah Melayu mengalir di tubuhnya. Namun, hati kecil Sumayyah masih bimbang. Walau disembunyikan sepanjang majlis perkahwinan mereka berlangsung, Iskandar tahu, hati kecil isterinya masih resah, dia seperti hilang semangat. Sesekali digosok bahu dan belakang isterinya memberi semangat.
Malam itu, Sumayyah resah di kamar pengantinnya. Terngiang-ngiang di telinganya tentang kata-kata suaminya tadi. "Dah lama abang tunggu Su.." 'Dah lama?' bisik hati kecil Sumayyah.. Setahunya, mereka hanya berjumpa 3 minggu yang lalu. Dan lelaki tersebut diberitahu mengenai wasiat Pak Man 2 minggu lalu dan ditunjukkan wajah sebenar di sebalik purdahnya beberapa hari kemudian. Takkan 2 minggu tu lama? Ke suami aku ni gelojoh orangnya.. seingatnya, sepanjang majlis tadi pun, suaminya ada menggosok bahu dan belakangnya beberapa kali.. Dia bertambah yakin akan telahannya. Suaminya seorang yang gelojoh dan tidak sabar untuk 'bersama' dengannya. Walau cuba ditepis, akalnya mengakui telahan tersebut walau hatinya berkata sebaliknya.. Tiba-tiba, pintu biliknya di ketuk.. Suaminya menjenguk lantas masuk dan mendekatinya. Gusar di hati Sumayyah tergambar pada pucat wajahnya. "Su okey ke? Nak abang ambilkan air? Dari tadi abang tengok muka Su pucat, abang pergi ambil air kejap ye.. kejap je" Kalau tidak kerana gusar di hati, sudah tentu jiwanya terbuai akan suara romantik milik suaminya itu.. Sikap prihatinnya itu mungkin mampu mencuri hatinya. Dia teringat akan pertemuan pertama dengan suaminya 3 minggu yang lalu........
p/s..tersambung di episod seterusnya.. kalu tulis panjang-panjang takut korang bosan pulak.. nantikannya ye...
Create a playlist at MixPod.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
x yah segan r nak komen lg... terus bg komen membina!